Blog Usahawan | Perniagaan Internet
Untuk Sekadar Informasi & Pandangan

Kenapa Orang Tak Suka Kepada Advertlets?

Tuesday, January 06, 2009
Melihat dari tajuk di atas mesti ianya sesuatu yang menghairankan. Manakan tidak Advertlets merupakan lubuk duit untuk para blogger baru. Dengar sahaja pasal Advertlets mesti meluap-luap untuk mendapatakn hasil daripadanya.

Persaingan Advertlets sekarang semakin sengit ditambah dengan kehadiran Advertise baru yang sedang naik meningkat nama, yakni mempunyai klien yang ramai dan dapat memperngaruhi mereka dalam pengiklanan di internet seperti Admaxasia.com.

Dan kenapa orang ramai tidak suka Advertlets, atau ada professional blog bersetuju dengan pendirian di atas atau juga kaki web yang pernah mengalamaninya? ini adalah jawapan yang paling tepat untuk dilihat :



Begitu lama dan mengambil masa hampir 3 bulan untuk menunggunya dari bulan November (email diatas diterima selepas sebulan dari cashout dilakukan). Syarat baru yang dikeluarkan sebelum ini juga amat mengejutkan, terutama soal had limit cashout yang bertambah menjadi RM100, sedangkan dahulu cuma RM50 sahaja. Jika ini memaksa kita untuk lebih positif mengenainya, maka blog/web kita haruslah mestilah berpotensi besar iaitu mempunyai pelawat yang ramai dan page view yang banyak, nisbah 1:10 dengan purata page impression sekitar 10,000 keatas, maka sekurang-kurangnya anda dapat RM5 ke atas sehari. Kalau blog/web yang berpotensi rendah, maka anda haruslah tunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan duit dari advertlets.

Berlainan dengan Nuffnang yang lebih prihatin kepada publisher-nya, mereka akan membayar secepat mungkin selepas dari cashout dilakukan, namun pendapatan di Nuffnang amat lembab kerana dibayar atas dasar jika di klik sahaja. Namun begitu, Nuffnang berjaya menarik ribuan kaki blog/web untuk menggunakan perkhidmatannya.
Read On 4 comments

Nama Domain Termahal di Dunia

Wednesday, December 24, 2008
Menurut pengakuan kebanyakkan agency di seluruh dunia, harga sebuah nama domain termahal di dunia dijual oleh seseorang bernama Chris Clark, yang memiliki domain pizza.com (yang dibelinya seharga US$20 pada tahun 1994) dan dijual seharga US $2.600.000!!

Agak menarik juga kalau mengingatinya, barang yang dibeli tersebut sifatnya 'maya' atau juga bukan barang nyata.

Whatever. Menurut Yahoo! Tech, berikut ini adalah nama-nama domain termahal
yang pernah ditransaksikan sampai saat ini.



1. Sex.com, $12.5 million
2. Porn.com, $9.5 million
3. Diamond.com, $7.5 million
4. Business.com, $7.5 million
5. Casino.com, $5.5 million
6. Asseenontv.com, $5 million
7. Korea.com, $5 million
8. Wine.com, $3.3 million
9. Creditcheck.com, $3 million
10. Vodka.com, $3 million

Tambahan pula, Fund.com dua bulan lalu terjual $10 Million US. Kenapa sangat mahal ye?? begitulah seni jualan domain, semakin tua, semakin mahal, walaupun namanya biasa dan simple.

"Business.com which was resold in 1999 for $7.5 million, according to Guinness World Records, appears to have been surpassed as the most expensive domain name, and not by theRecordBreakingDomain.com which was attempting to become the most expensive domain name in a media-move by selling for $7,500,001."

On January 19, 2006, it was reported that the domain Sex.com sold for $14 million US dollars to Boston-based Escom LLC, making it the most expensive domain sold. Former Sex.com owner Gary Kremen, reportedly wants to get out of the adult entertainment business. Other sources are quoted as saying the price Sex.com sold for was $11.4-12 million US dollars according to Reuters and AZOnline.

While the current market for internet domains is nowhere as solid as it was during the dot-com peak, the market remains strong and is experiencing solid growth. Each year tens of millions of dollars are exchanged during the resale of domains. In September of 2005, the gambling company Leisure & Gaming has paid $1.4 million for the vip.com domain. This is the most expensive domain name sale publicly reported during 2005.

The most expensive domain sale in 2004 was for creditcards.com.

(by MostExpensive.Net)
Read On 0 comments

Pelajari Apa Itu Bandwidth?

Saturday, December 20, 2008

Apa itu Bandwidth

Bandwidth adalah unit untuk mengukur bilangan data atau maklumat yang dihantar dalam satu jaringan (network) dalam tempoh masa tertentu. Selalunya dalam unit bit sesaat (bit/s) atau kbps - sumber dari www.netnw.net.uk/jargon.htm

Dengan kuasa internet, saya dapat berhubung dengan anda semua hanya melalui komputer. Begitu juga dengan anda.

Dengan internet, pertukaran data atau maklumat antara komputer mudah berlaku. Mungkin ada yang berkata, saya tidak berhubung secara terus pun dengan anda, hanya membaca blog ini saja.

Sebenarnya, blog ini juga berada di dalam komputer, cuma bukan seperti yang selalu kita guna, iaitu di server. Untuk memastikan anda semua (tak kiralah di mana anda) boleh membaca blog ini, saya telah menyewa sedikit ruang dalam server. Inilah yang kita panggil hosting. Bergantung kepada bayaran, setiap penyedia hosting telah menetapkan had penggunaan bandwidth pada setiap bulan.

Bandwidth akan digunakan sekiranya,

  • Membaca blog ini
  • Menulis komen di sini
  • Saya menulis artikel baru
  • Dan lain2 lagi

Kecurian Bandwidth

Kejadian mencuri bandwidth juga ada berlaku. Ini terjadi dengan proses hotlinking. Contoh hotlinking, membuat link secara terus kepada website orang lain. Katakan anda copy gambar dari sesebuah website, dan anda letak pula gambar pada website anda. Gambar itu masih ada link dari website terbabit. Dengan ini, bandwidth yang diguna pakai oleh pelawat website anda, telah menggunakan had bandwidth tersebut.

Contoh mudah, curi bandwidth ini, orang lain gunakan plug elektrik anda untuk gunakan laptop. Yang perlu bayar bilnya siapa? Anda bukan? Jika terlebih dari had penggunaannya, apa yang terjadi adalah, blog saya tidak akan dapat dicapai (Page cannot be found) sehinggalah, sama ada bulan baru menjelma, atau saya upgrade pelan hosting saya. Begitulah lebih kurang cerita tentang bandwidth ini.

Read On 0 comments

Nuffnang Sudah 'tutup' atau Ada Masalah

Friday, December 12, 2008
Kebanyakkan blog/web penulis tidak dapat dibuka atau slow dalam erti kata lain pada hari ini, sabtu, 13 Disember 2008. Dan bila penulis melayari mana-mana blog juga pun sedemikian rupa. Penulis cuba selidiki, rupa-rupanya iklan script Nuffnang atau web server dorang ada problem dan mengakibatkan blog yang ada iklan Nuffnang juga tergendala besar.

Penulis dapat memastikan dengan membuang banner-banner Nuffnang yang hanya bersifat sementara dan menukarkannya dengan iklan Advertlets, dan blog dapat di view seperti sediakala tanpa menunggu lama lagi. Dan akhirnya, dengan membuangnya adalah hanya untuk mengelakkan daripada pelawat lari meninggalkan blog kita seterusnya merugikan kita sendiri dengan konsep pengiklanan di blog.

Apa-apa pun janganlah buang banner iklan tu selama-lamanya, kemungkinan di pihak Nuffnang ada sedikit masalah. Tak pasti pula kalau mereka dah tutup selama-lamanya. Jadi jangan terburu-buru nak buat andaian dan pastikan Nuffnang tetap pilihan di hati.
Read On 0 comments

Rehat Sejenak Bersama Fakta Menarik

Thursday, December 11, 2008
Pening-pening fikirkan internet dan hidup. Hari-hari tak missed nak menghadap pc dan dunia internet. Sesekali cuba mencari info untuk rehatkan dan relakskan minda, supaya dapat menghirup udara yang nyaman dengan selesa tanpa kebingunggan emosi dan mental. Sekali sekala menulis blog adalah untuk kepuasan diri untuk memberitahu orang apa yang kita tahu, tapi biarlah fakta itu betul, sahih dan menarik minat orang untuk membaca.

Fakta yang anda perlu tahu, yang saya nak bagtahu...

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanb erus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita


Read On 0 comments

Cara Sembunyikan Logo Nuffnang Atau Advertlets?

Saturday, December 06, 2008

Jika nak diikutkan penulis, ianya sesuatu yang menarik dan boleh mencatikkan bahagian page element. Namun cara ini penulis belum lagi praktikkan kerana belum ada keyakinan yang tinggi dalam berbuat demikian. Email yang dihantar kepada pihak tertentu belum lagi terbalas jawapannya. Namun jika anda ingin berbuat demikian, terserah anda, ini atas kemahuan anda dan penulis tidak ada hak untuk menghalangnya.

Caranya mudah sahaja :
1. Perhatikan kode dibawah, Masukkan sahaja yang berkaitan di bawah

<div class="adbox">
kode banner Nuffnang atau Adverlets di sini
</div>

2. Sebelum itu, pergi ke bahagian Html page masukkan kode di bawah sebelum kode ini, ]]></b:skin>

.adbox img{display:none;}

3. Selesai.

Risiko yang bakal anda hadapi, ini belum dipastikan lagi oleh penulis namun desas desus mengatakan, orang yang berbuat demikian akan di ban akaunnya. Namun apa yang penulis lihat hari ini, ada juga blog yang mempunyai pelawat yang ramai, berbuat demikian.
Read On 0 comments

Advertlets - Pengiklanan Online Penipuan Atau Kelambatan?

Thursday, November 27, 2008
Baru-baru ini penulis dah mula mengkaji sedikit demi sedikit mengenai program Advertlets ni. Kajian dibuat bukanlah kerana nak sabotaj mana-mana pihak. Namun berkaitan dengan pendapatan disana. Bulan ini penulis mendapat earning RM1xx , tapi belum ada lagi cek datang dari Advertlets. Ada kemungkinan disini yang penulis mula merasa.

Penulis yang dah lama bergiat aktif dalam pengiklanan Advertlets ni, baru 1st time mencapai had rm50 ke atas, dan sudah sedia untuk menerima cek. Tapi akibatnya sampi sekarang cek tersebut belum sampi dan email yang penulis hantar ke Advertlets tidak dibalas lagi. Disini lah penulis mula mengkaji dimana silapnya.

Melihat sahaja forum-forum berkaitan Advertlets, semuanya hampir mengatakan, Advertlets nie penipu, scam dan lain-lain. Dan jika ini benar, maka kebanyakkan blogger-blogger professional dari Malaysia, TIDAK memasang banner-banner Advertlets di blog/web mereka. Kenapa?. mungkin dari pengalaman mereka kot.

Namun ada juga blogger2 medium professional menganggap mereka menerima cek dari Advertlets akhir-akhir ini dan terus berkhidmat dengan Advertlets. Jadi yang mana satu kebenaran disini. Mengikut pandangan penulis, tinjauan keatas web/blogger professional memasang Nuffnang berbanding Advertlets, kalau nak diikutkan pendapatan Advertlets jauh lebih besar sedikit berbanding Nuffnang.

Susah penulis untuk mentafsirkannya disini, bagi penulis, penulis sedia menunggu sehingga hujung tahun ini untuk menanti datangnya cek tersebut dan tetap memasang, jika tiada, penulis akan membuang semua banner2 di semua web/blog penulis. Sebagai tanda protes yang munasabah.
Read On 1 comments

Memilih Hosting Murah dan Berkualiti

Sunday, November 23, 2008

Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu hosting. Hosting juga boleh dikenali sebagai baca artikel penuh disini id.wikipedia.org/wiki/Hosting .. Penulis yang sudah lama berkhidmat dengan pak cik Google bersama anak buahnya iaitu Blogger telah pun mengetahui selok belok dalam internet. Namun bagi yang sudah mahir dalam berblog, mungkin langganan hosting adalah lebih selamat dan terjamin.

Ini adalah kerana jika kita menggunakan blog-blog yang percuma seperti yang disediakan oleh syarikat-syarikat besar seperti blogger, wordpress, tripod dll, kita mempunyai batas-batas yang tertentu dalam menyediakan artikel, yakni ianya ada limit dan prosedur yang telah kita persetujui sebelum berblog menggunakan perisian mereka.

Seperti contoh anda tidak boleh menulis artikel-artikel sensitif, memburuk2kan negara, menyediakan video/gambar lucah dan seumpanya. Lihat sahaja blog Tun Dr. Mahatir yang menggunakan blog percuma, akhirnya 'ditendang' blognya kerana Kerajaan menganggap sesuatu yang boleh menggugat keselamatan negara dan memperintahkan syarikat blog tersebut 'menendangnya'.

Itu adalah salah satu kesan buruk jika menggunakan blog percuma. Dan lain pula dengan blog yang berbayar seperti membeli hosting dan domain. Anda mempunyai keselamatan yang tersendiri melainkan alamat tempat tinggal dan data-data pribadi anda tidak diberitahu kepada umum. Ini akan memudahkan pihak2 tertentu menyaman anda jika mereka tidak berpuas hati dengan yang anda tuliskan jika mereka tahu alamat mengenai kediaman anda. Setidak-tidaknya pastikan maklumat pribadi anda tidak ditayangkan di blog percuma atau berbayar.

Baru-baru ini penulis telah melanggan di salah sebuah syarikat hosting di Cyberjaya. Perkhidmatan yang diberikan memuaskan, seperti harga, perkhidmatan pengaktifan yang cepat, khidmat nasihat online 24jam, dan yang paling terbaik sekali, layanan dari pihaknya yang bergitu mesra dan mementingkan kehendak pelanggan. Sepertinya tidak ada kekuatiran kerana dalam masa 30 hari jaminan duit anda dikembalikan.

Oleh itu penulis mula-mula berjinak dengan khidmat hosting ini, kerana ada kelebihan-kelebihan tertentu. Manalah tahu, Insyallah, satu hari nanti boleh menghasilkan laman web berkapasiti besar seperti Yahoo, Google, MSN dll.. Amin..

Ingin mengetahui lanjut mengenai perkhidmatan hosting yang dimaksudkan?
Layari laman web ini..
www.onebytes.com.my
Read On 0 comments

Pendapatan Advertlets Penulis Mengalami Kejatuhan

Sunday, November 16, 2008
Sebelum-sebelum ini, pendapatan aku di advertlets.com amat dikagumi, tapi apabila page semakin hari semakin bertambah, pendapatan menjunam jatuh. Malah yang amat sedihnya, tak sama dengan pendapatan sebelumnya misalnya lihat gambar di bawah ini, cuba perhatikan, apa yang korang nampak perbezaannya? begitu ketara bukan. Malah ianya seperti anak tangga yang hendak turun sahaja..

Saya tidak tahu ini silap saya atau pengiklanan di advertlets.com sengaja meletakkan bayaran yang rendah kerana persaingan yang sengit terhadap para blogger. Pada mulanya ianya begitu seronok sekali dengan advertlets ni, tapi nasib saya sejak kebelakangan hari ini begitu x seronok pula..

Itu tak mengapa, saya tak kisah, buat masa ini biarlah saya periksa dan kaji dahulu jika draf ini berterusan atau pun tidak, selepas itu barulah ada kesimpulannya. Buat masa sekarang, tak boleh simpulkan apa-apa, kerana perkara ini masih awal untuk diperkatakan.
Read On 2 comments

Artikel Bulanan